Intel Malaysia Berkongsi Pencapaian Sepanjang Tahun 2013

Intel Malaysia Berkongsi Pencapaian Sepanjang Tahun 2013

Diterbitkan pada November 21, 2013 oleh .

Selain berkongsi ramalan teknologi untuk tahun 2014, pihak Intel Malaysia turut sama berkongsi pencapaian mereka sepanjang tahun 2013 ini, dimana memperlihatkan beberapa peningkatan dan perubahan, terutamanya dalam arena cip pemprosesan.

Mengubah Landskap PC

PC hari ini hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding 4 tahun lepasPada tahun ini, Intel telah memperkenalkan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-4 yang turut dikenali dengan nama “Haswell”. Selain peningkatan pada kuasa pemprosesan dan grafik, cip berkenaan juga turut sama telah membawakan penjimatan tenaga sekaligus menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Disamping cip pemprosesan Haswell, pelbagai peranti hadir dalam bentuk 2-dalam-1 iaitu gabungan antara tablet dan juga komputer riba. Intel Malaysia mengatakan bilangan rekabentuk komputer 2-dalam-1 akan mencapai lebih 50 dalam masa terdekat ini.

Selain Haswell, Intel juga turut sama telah melancarkan cip Silvermont pada bulan Mei yang mana membawakan tenaga pemprosesan 3 kali ganda dan penjimatan tenaga sehingga 5 kali ganda berbanding cip Intel Atom.

Intel Atom Z3000 “BayTrail” yang memfokuskan kepada peranti mudah-alih seperti tablet dan telefon pintar turut sama diperkenalkan tahun ini yang membawakan rekaan peranti yang lebih nipis, disamping menawarkan tenaga pemprosesan dan masa bertahan bateri yang baik.

Pasaran tablet juga dilihat oleh Intel telah meningkat dengan drastik, dengan lebih ramai pengeluar yang menawarkan tablet pada harga rendah – seperti Asus dan juga Dell.

Asus VivoTab RT

Big Data

Dengan lebih ramai yang mengakses internet, terma “Big Data” telah diperkatakan hangat sepanjang tahun ini. Intel sendiri telah melancarkan Big Data Inovation Center di Singapura bersama-sama beberapa rakan kerjasama dalam menawarkan sebuah pusat untuk syarikat menguji pembangunan mereka.

Intel turut sama melabur pada perisian Big Data melalui Intel Distribution for Apache Hadoop pada tahun ini, yang mana membantu kerajaan dan organisasi dalam menambah baik rangkaian dan sebagainya.

Intel Xeon Processor E3-1200 v3 turut telah hadir pada tahun ini yang mana menawarkan pelbagai peningkatan kepada pusat data. Menurut Intel, dalam tempoh antara 2012 ke 2020, angka storan data dijangka berganda setiap tahun – kelak mencapai sehingga 40ZB. Dengan peningkatan data dari hari ke hari ini, Intel memfokuskan kepada tawaran tenaga pemprosesan yang tinggi dengan sokongan ruangan storan yang besar dari hari ke hari.

Membantu Ke Arah Inovasi

Selain mengeluarkan produk baru untuk pusat data dan juga untuk pengguna, pihak Intel turut melabur dalam mempertingkatkan daya inovasi bermula daripada bangku sekolah lagi.

Intel International Science and Engineering Fair merupakan salah satu pertandingan kajian berasaskan sains dan kejuruteraan yang dianjurkan oleh mereka. Pada tahun ini, lebih 1500 pelajar dari seluruh negara telah menyertainya, memperlihatkan pelbagai inovasi hadir daripada anak-anak muda ini.

Dari Malaysia, pelajar Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Nur Liyana Johari telah memenangi anugerah tempat kedua daripada United Airlines Foundation, dan juga anugerah tempat ketiga dalam pengurusan persekitaran. Beliau telah hadir dengan projek dinamakan “BIO-OIL – The Use of Specially Made Catalyst”. Selain beliau, pelajar SMK Batu Lintang, Sarah Wong Jia Xin turut memenangi anugerah tempat ketiga dalam kejuruteraan melalui projek beliau “Use of Biosorbent for Removal Colour and Heavy Metal From Dyied Waste Water“.

Intel Malaysia sendiri mengatakan telah menyumbang dalam beberapa program dalam pembangunan komuniti sepanjang tahun ini.


TIPS & ULASAN