Waze Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Windows Phone

Waze Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada November 21, 2013 oleh .

Hari ini, Windows Phone menerima beberapa aplikasi baru, dan salah satunya adalah aplikasi navigasi popular yang kini dimiliki Google, iaitu Waze. Pengenalan aplikasi ini juga turut memberikan lebih pilihan aplikasi berbentuk navigasi kepada pengguna Windows Phone, selain daripada penggunaan HERE Maps.

Waze Windows Phone

Waze menawarkan sokongan navigasi bersuara, disamping menyertakan sokongan sosial untuk membolehkan pengguna berkongsi kemaskini semasa berkaitan trafik jalan raya. Pengguna boleh membuat laporan seperti kemalangan, kesesakkan jalan raya dan sebagainya menggunakan aplikasi navigasi tersebut. Elemen rekabentuk berasaskan Metro turut sama hadir pada aplikasi Waze untuk Windows Phone ini.

Dengan penyertaan Waze ke Windows Phone, kini ia membolehkan pengguna peranti platform berkenaan untuk turut sama menggunakannya dalam berkongsi maklumat, disamping mencari lokasi yang ingin dituju melaluinya.

Muat-Turun Waze untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN