Winamp Bakal Ditamatkan Selepas 20 Disember 2013

Winamp Bakal Ditamatkan Selepas 20 Disember 2013

Diterbitkan pada November 21, 2013 oleh .

WinampWinamp merupakan salah satu pemain media yang popular suatu ketika dulu. Versi awalnya telah diperkenalkan pada April 1997, dan kini selepas lebih kurang 16 tahun hadir ke pasaran, ia dilihat Winamp bakal ditamatkan dan tiada lagi kemaskini akan diperkenalkan selepas 20 Disember 2013.

Winamp sedia ditawarkan bukan sekadar untuk komputer Windows sahaja, tetapi turut sama untuk peranti Android. Ia sedia terkenal untuk pengurusan fail MP3, disamping tawaran tema yang berbeza mengikut minat pengguna.

Selepas tarikh 20 Disember 2013 ini, laman Winamp.com akan ditutup, sekaligus membuatkan tiada lagi tawaran muat-turun untuk Winamp Media Player. Bagi mereka yang berminat boleh memuat-turun versi stabilnya hari ini, dan masih kekal menggunakannya selepas tarikh tersebut. Namun, tiada sebarang kemaskini akan diterima untuknya selepas terikh berkenaan.


TIPS & ULASAN