Carian
Google Translate Untuk Android Dikemaskini – Menyertakan “Terjemahan Kamera” Untuk BM
November 21, 2013 Aman

Salah satu aplikasi popular daripada Google adalah Google Translate yang mana memfokuskan kepada terjemahan teks, gambar dan juga audio ke bahasa yang lain. Hari ini, Google dilihat mengemaskini aplikasi mereka untuk Android, menyertakan beberapa fungsi baru.

Google Translate untuk Android kini membawakan rekaan antaramuka yang baru – selari dengan beberapa aplikasi mereka yang lain. Disamping itu kini ia memudahkan perbualan dengan membolehkan terjemahan audio ataupun perbualan dilakukan dengan pantas menggunakannya.

Untuk pengguna tempatan pula, salah satu fungsi menarik adalah dimana kini ia membawakan sokongan “terjemahan kamera” untuk bahasa Malaysia, dimana pengguna boleh membuat terjemahan teks didalam gambar dari bahasa Malaysia ke bahasa lain dengan mudah.

Bagi pengguna Android, anda boleh memuat-turun Google Translate untuk Android hari ini, dan menggunakannya dalam urusan terjemahan anda.

Komen