Nokia Lumia 1520 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 November

Nokia Lumia 1520 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 November

Diterbitkan pada November 21, 2013 oleh .

Hari ini pihak Nokia Malaysia telah mula menghantar emel jemputan mereka untuk sebuah acara khas yang bakal diadakan pada minggu hadapan, dimana ia dilihat pihak Nokia bakal memperkenalkan Lumia 1520 ketika acara tersebut.

Nokia 26 November

Daripada jemputan yang dihantar, selain daripada peranti baru, pihak Nokia Malaysia turut dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan baru mereka. Ikon Nokia MixRadio yang baru turut disertakan menandakan pengumuman rasmi berkaitan dengannya mungkin akan dilakukan pada acara sama.

Lumia 1520 merupakan telefon pintar phablet daripada Nokia yang mana membawakan skrin bersaiz 6-inci, selain turut dilengkapi kamera PureView pada bahagian belakang.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara berkenaan pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN