HTC One Max Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM2499

HTC One Max Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM2499

Diterbitkan pada November 21, 2013 oleh .

Hari ini, HTC Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan phablet mereka – HTC One Max untuk pasaran Malaysia. Peranti yang membawakan skrin bersaiz 5.9-inci ini ditawarkan pada harga RM2499 untuk pasaran tempatan.

HTC One Max dilengkapi skrin dengan paparan HD 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 600 1.7GHz, dan dilengkapi Android 4.3 Jelly Bean serta antaramuka HTC Sense 5.5. Fungsi seperti HTC Blinkfeed, BoomSound, HTC Zoe dan kamera belakang HTC Ultrapixel turut hadir dengan peranti ini.

HTC One Max

Membawakan rekaan yang serupa seperti HTC One, tetapi One Max membawakan kerangka belakang yang boleh dibuka. Selain daripada itu, HTC One Max turut menyertakan pengimbas cap jari untuk membolehkan pengguna mengakses peranti dan beberapa aplikasi dengan hanya mengimbas cap jari mereka.

Buat masa ini ia ditawarkan dalam warna silver, dan warna hitam dijangka menyusul pada bulan Disember kelak.

Bagi kami, harga tawaran RM2499 mungkin agak tinggi bagi peranti HTC One Max ini, apatah lagi dengan pelbagai peranti lain seperti Galaxy Note 3 dan Xperia Z Ultra yang ditawarkan lebih murah. Apa pun, sama-sama kita nantikan bagaimanakah harga tawaran syarikat telekomunikasi tempatan untuk peranti ini.

HTC One Max

HTC One Max


TIPS & ULASAN