Adobe Menawarkan Photoshop Photography Program Kepada Semua Pada Harga RM29.99 Sebulan

Adobe Menawarkan Photoshop Photography Program Kepada Semua Pada Harga RM29.99 Sebulan

Diterbitkan pada November 21, 2013 oleh .

Adobe sebelum ini telah sedia menawarkan langganan Photoshop Photography Program tetapi terhad kepada pemilik perisian Adobe versi sebelum ini. Kini, selepas beberapa bulan, ia dilihat pihak Adobe memperluaskannya dan kini sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri untuk langganan perkhidmatan tersebut.

Photoshop

Melalui langganan Photoshop Photography Program, ia membolehkan pengguna untuk mendapat akses kepada Photoshop CC, Lightroom 5, Behance ProSite dan juga ruangan storan sehingga 20GB pada harga langganan hanya RM29.99 sebulan.

Walaupun caj dikenakan secara bulanan, namun pengguna masih tertakluk untuk menggunakannya selama setahun dan akan menerima kemaskini kepada perisian mereka setiap kali ia diperkenalkan.

Harga yang ditawarkan ini boleh dikatakan murah berbanding kebiasaan, dan semestinya bagi mereka yang terlibat dalam arena fotografi ataupun yang berkait dengan rekabentuk dan sebagainya, mungkin boleh mendapatkan ia sebelum promosi ini tamat pada 2 Disember 2013 kelak.


TIPS & ULASAN