Carian
Malaysia Merupakan Antara Lima Negara Utama Untuk Penggunaan Waze
November 21, 2013 Aman

WazeWaze merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan navigasi, disertakan dengan fungsi perkongsian keadaan trafik masa-nyata. Ia sedia ditawarkan pada pelbagai platform, dan telah diambil-alih oleh Google beberapa bulan lepas.

Hari ini, daripada apa yang dikongsikan oleh Waze, Malaysia dikatakan antara lima negara utama untuk Waze, dengan angka pengguna yang meningkat dari hari ke hari. Angka pengguna Waze di Malaysia hanya sekitar 600,000 pada bulan Februari lepas, dan kini pada bulan Oktober ianya telah mencapai lebih kurang 1.5 juta pengguna aktif.

Waze berkongsi mengenai data berkenaan, dan pada masa yang sama mengumumkan kerjasama dengan pihak Astro Malaysia, dimana melaluinya syarikat siaran berbayar berkenaan akan menawarkan informasi trafik masa-nyata mereka kepada pengguna bermula awal 2014 kelak.

Komen