MediaFire Memperkenalkan Perisian Desktop – Memudahkan Sync Dan Perkongsian Fail

MediaFire Memperkenalkan Perisian Desktop – Memudahkan Sync Dan Perkongsian Fail

Diterbitkan pada November 22, 2013 oleh .

MediaFire merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian yang popular, dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Kini, perkhidmatan tersebut memperkenalkan sebuah sokongan baru, dinaakan sebagai MediaFire Desktop.

MediaFire Desktop membawakan sokongan seumpama Dropbox dan beberapa perkhidmatan lain, dimana pengguna boleh menyimpan fail mereka pada sebuah folder di desktop, dan ia sync secara automatik ke perkomputeran awan. Kemudiannya, pengguna boleh mengakses pelbagai fail yang disimpan menerusi sebarang aplikasi mahupun di web pada bila-bila masa.

MediaFire Sync

Pengenalan ini sekaligus membawa MediaFire setapak lebih dekat kepada perkhidmatan storan awan, dan bersaing dengan Dropbox, SkyDrive, Google Drive dan beberapa perkhidmatan yang lain.

Buat masa ini MediaFire Desktop masih dalam bentuk beta, dan ia hanya menawarkan klien untuk Windows dan Mac sahaja.

Muat-Turun MediaFire Desktop


TIPS & ULASAN