Microsoft Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Membeli Winamp Dan Shoutcast

Microsoft Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Membeli Winamp Dan Shoutcast

Diterbitkan pada November 22, 2013 oleh .

WinampSemalam, Winamp telah mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan mereka dalam tempoh sebulan lagi, sekaligus menghentikan tawaran muat-turun untuk perisian mereka. Kini, selang sehari, ura-ura baru hadir mengatakan AOL (pemilik Winamp) dalam perbincangan untuk menjual ia kepada Microsoft.

Winamp merupakan salah satu pemain media popular yang telah beroperasi sejak tahun 1997 yang lepas. Ia sering digunakan ramai dalam menguruskan lagu dan fail audio mereka, malah ada yang masih aktif menggunakannya sehingga hari ini.

Mengikut laporan TechCrunch, Microsoft dalam perbincangan untuk membeli Winamp dan juga perkhidmatan radio internet Shoutcast. Buat masa ini Shoutcast masih beroperasi seperti biasa, tetapi dikatakan pengumuman penghentian perkhidmatan tersebut akan dilakukan pada minggu hadapan.

Sekiranya perkara ini benar, dan Microsoft mengambil-alihnya, maka mungkin kita akan dapat melihat ia diintegrasikan bersama-sama Xbox Music, terutamanya perkhidmatan Shoutcast daripada pembangun Winamp.

Sama-sama kita nantikan perkembangan berkenaan perkara ini dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN