Maxis Dan DiGi Turut Memulakan Pra-Daftar Untuk iPad Air dan iPad Mini Retina

Maxis Dan DiGi Turut Memulakan Pra-Daftar Untuk iPad Air dan iPad Mini Retina

Diterbitkan pada November 22, 2013 oleh .

Selain daripada Celcom, kini dilihat dua lagi syarikat telekomunikasi utama iaitu Maxis dan DiGi turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk dua tablet terbaru Apple, iaitu iPad Air dan iPad Mini Retina.

Maxis iPad Air

DiGi iPad Air

Kedua-dua tablet ini telah diperkenalkan oleh Apple pada bulan lepas, dimana kedua-duanya dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru dan juga skrin Retina. iPad Air membawakan skrin bersaiz 9.7-inci dan dikatakan membawakan rekaan yang amat nipis dan ringan, sementara iPad Mini Retina pula membawakan skrin bersaiz 7.9-inci.

Harga jualan kedua-dua tablet ini masih tidak diketahui buat masa ini. Dengan permulaan pendaftaran minat ini, kita mungkin akan dapat melihat ia dilancarkan dan ditawarkan untuk pasaran tempatan pada awal Disember kelak.

Halaman Pendaftaran iPad Air dari Maxis

Halaman Pendaftaran iPad Mini Retina dari Maxis

Halaman Pendaftaran iPad Air dari DiGi

Halaman Pendaftaran iPad Mini Retina dari DiGi


TIPS & ULASAN