Cari @ Amanz

Vine merupakan salah satu aplikasi perkongsian video daripada Twitter, dimana ia membolehkan pengguna merakamkan video 6 saat dalam bentuk yang kreatif sebelum berkongsi bersama-sama lain menggunakan aplikasi berkenaan.

Dalam usaha untuk terus memperluaskan pengguna mereka, hari ini pihak Vine telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi di iOS dan Android, membawakan sokongan tambahan untuk 19 bahasa, termasuk salah satunya adalah Bahasa Malaysia.

Selain daripada hanya sokongan bahasa, ia dikatakan kelak Vine turut dijangka akan membawakan fungsi untuk melihat video popular berdasarkan negara – lebih kurang seperti trending di Twitter.

Bagi pengguna Vine pada iOS dan Twitter, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan mula menggunakan sokongan bahasa Malaysia yang disertakan bersama-sama dengannya. Sokongan sama untuk Windows Phone mungkin hadir tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd