Google Mula Memfokuskan Bahagian Tablet Pada Play Store

Google Mula Memfokuskan Bahagian Tablet Pada Play Store

Diterbitkan pada November 22, 2013 oleh .

Salah satu perkara yang menjadi kelemahan pada tablet Android adalah kekurangan aplikasi yang dioptimasikan untuk skrin besar. Google dilihat mula mengambil berat perkara ini sejak beberapa bulan sebelum ini dengan bahagian “Designed for tablets”.

Pada Play Store, pengguna tablet Android sedia boleh mengaksesnya sebelum ini. Kini, ia lebih diutamakan, dimana sekiranya pengguna mengakses sebarang bahagian atau kategori, ia akan memperlihatkan aplikasi yang direkabentuk untuk tablet pada Play Store terlebih dahulu.

Dengan pengenalan ini juga pihak Google meminta para pembangun untuk mengoptimasikan aplikasi mereka untuk paparan tablet, dan menghantar ia ke Play Store.

Bagi anda yang menggunakan tablet Android, sokongan paparan aplikasi yang direkabentuk untuk tablet ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini.


TIPS & ULASAN