Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan pengguna untuk menambah maklumat lokasi dan sebagainya pada gambar. Terkini, salah satu aplikasi yang hadir daripada salah seorang pembangun tempatan adalah PhotoVista.

PhotoVista Android

PhotoVista hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini. Menggunakannya, beberapa jenis skin disediakan, menawarkan pelbagai pilihan untuk pengguna membuat perubahan pada bentuk paparan gambar mereka.

Untuk maklumat lokasi, ia menarik data daripada FourSquare, dan menyertakannya secara automatik pada gambar. Pengguna juga turut sama boleh menambah beberapa efek pada gambar sebelum kongsi ia bersama-sama rakan lain.

Bagi kami, fungsi yang ditawarkan agak menarik, namun kurang sedikit berkenan dengan rekabentuk antaramuka yang digunakan. Mungkin sekiranya ia diubah dan dioptimasikan selari dengan rekabentuk Android, ia akan dapat menarik lebih ramai pengguna menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd