Cari @ Amanz

Instagram sedia mempunyai penggunanya tersendiri yang aktif dalam berkongsi dan meninggalkan komen pada gambar-gambar yang dikongsikan pada perkhidmatan tersebut.

Dalam usaha untuk terus memperluaskan penggunaan perkhidmatan Instagram, salah satu desas-desus yang kedengaran hari ini adalah dikatakan mungkin pihak Instagram akan menambah sokongan permesejan pada aplikasi mereka.

Instagram sedia mempunyai penggunanya tersendiri dalam perkongsian gambar dan juga video, serta dalam usaha terus menambah pengguna aktif, mungkin pengenalan fungsi permesejan ini akan membantu.

Menurut GigaOM, selain perkongsian permesejan peribadi, Instagram juga mungkin menambah sokongan permesejan berkumpulan pada perkhidmatan mereka.

Sekiranya benar, maka mungkin kita akan dapat melihat fungsi tersebut hadir sebelum penghujung tahun ini.

Seperti biasa, pihak Instagram tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd