Cari @ Amanz

Deezer merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penstriman muzik, dan telah pun sedia dilancarkan di Malaysia. Kini, sebuah desas-desus baru hadir mengatakan Microsoft berminat untuk mendapatkannya.

Deezer Mac OS X

Deezer buat masa ini ditawarkan di lebih kurang 180 buah negara, dan mempunyai lebih kurang 5 juta pengguna. Dari segi sokongan platform, Deezer sedia menyokong Android, iOS, Windows, malah bakal dilancarkan untuk pengguna Mac OS X tidak lama lagi.

Sekiranya benar pihak Microsoft mengambil-alih perkhidmatan ini, maka kita mungkin akan dapat melihat ia diintegrasikan bersama-sama perkhidmatan Xbox Music milik mereka, sekaligus membawa perkhidmatan muzik Microsoft ke lebih banyak negara.

Ia dikatakan perbincangan masih pada peringkat awal lagi buat masa ini. Pada minggu ini sahaja, selain daripada Deezer, Microsoft juga turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Winamp serta Shoutcast yang bakal ditamatkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd