Adakah Blackberry Akan Menggugurkan Alicia Keys Sebagai “Pengarah Kreatif”?

Adakah Blackberry Akan Menggugurkan Alicia Keys Sebagai “Pengarah Kreatif”?

Diterbitkan pada November 23, 2013 oleh .

TechTamburBlackBerry telah melaporkan kerugian sebanyak USD$1billion hanya dari suku tahun 2013 yang lalu, selain turut mengumumkan bakal menggugurkan hampir 40% perkerja. Ini bermakna dalam anggaran 4,500 pekerja dalam risiko hilang punca pendapatan mereka, tapi jangan khuatir tentang satu staf mereka yang agak terkenal, Alicia Keys. Jawatan beliau tidak terjejas. Alicia Keys masih kekal sebagai “Creative Director” hingga ke hari ini.

Pada Januari lalu, CEO Blackberry Thorsten Heins melantik penyanyi R&B dengan jawatan barunya dalam syarikat tersebut. Alicia Keys menjanjikan tanggungjawabnya adalah lebih daripada menjadi artis yang menjadi duta kepada jenama besar. Heins juga menekankan bahawa peranan penyanyi itu adalah “jawatan yang berbayar”. Namun begitu, seperti dakapan Blackberry terhadap aplikasi dan gajet touch-screen, syarikat tersebut lebih “mengikut dari memimpin”. Alicia Keys bukan selebriti pertama diberi “jawatan” dalam industri teknologi. Pada tahun 2010, Lady Gaga juga menjadi pengarah kreatif untuk Polaroid, rapper Black Eyed Peas, Will.I.Am dilantik pengarah inovasi kreatif untuk Intel dan hanya bulan lalu, Lenovo turut melantik pelakon Ashton Kutcher sebagai seorang “jurutera”.

Ashton Kutcher Lenovo

Alicia Keys pernah memberi gambaran tentang kerjanya bersama Blackberry sebagai tugasan yang besar dan memerlukan beliau untuk berkerja rapat dengan pereka aplikasi, pembangun kandungan, syarikat telekomunikasi untuk meneroka platform tersebut dan mencari idea baru untuk masa depan syarikat berkenaan.

Tetapi, jika Alicia Keys dilantik untuk jawatan ini, bukankah dia juga dalam risko “hilang perkerjaan”, atau setidak-tidak tempoh kerjasama yang disingkatkan? Dalam era pelantikan selebriti sebagai pengarah, adakah syarikat itu juga harus menjalankan proses penamatan yang sama seperti perkerja-perkerja lain?

Kini, Blackberry sememangnya sedang menggugurkan ribuan perkerja mereka – antaranya mereka yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam tugasan-tugasan yang dikatakan dibuat oleh Alicia Keys.

Walaupun dalam masa-masa agak susah hari ini, Blackberry masih berpegang kepada pengarah kreatif-nya. Menurut salah seorang wakil BlackBerry, Alicia Keys dikatakan telah membantu mempromosikan Blackberry kepada rangkaian sosial beliau yang amat luas. Beliau juga bantu mendukung kemasukan wanita dalam STEM (Science, Technology, Engineering and Math) dan memupuk semangat dalam program biasiswa Blackberry. Secara keseluruhannya, Alicia Keys mempromosikan jenama Blackberry melalui media, kerja amal dan inisiatif sosial mirip dengan langkah-langkah diambil Hewlett-Packard dengan penyanyi Gwen Stefani.

Namun, ianya tidak adil untuk menghebohkan tanggung-jawab mereka luar daripada apa yang mereka sebenarnya lakukan. Contohnya, pengarah kreatif, tidak hanya perlu ada kemahiran berkenaan dengan syarikat tetapi bertanggung-jawab untuk memahami idea-idea yang besar dan kemudian mengendalikan idea tersebut kepada pasukan yang besar. Mereka yang dapat nama, tetapi mereka juga yang menanggung bebannya. Wakil kepada Alicia Keys enggan komen tentang detik-detik kejayaan beliau sepanjang ini.

Dengan Blackberry meneruskan membuang pekerja-pekerjanya di seluruh dunia, gerak-geri dan apakah yang bakal dilakukan oleh Alicia Keys semestinya menjadi perhatian utama, terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan syarikat BlackBerry.

Semestinya, dengan persaingan sengit dalam arena pengeluaran peranti mudah-alih, ia bukan kesalahan Alicia Keys sekiranya BlackBerry mengalami kerugian.

Bagi anda, adakah trend mengambil artis dan selebiriti oleh syarikat teknologi dan memberikan jawatan membantu sesuatu syarikat tersebut sendiri? Sekiranya pengambilan duta seperti dilakukan pelbagai jenama, termasuk Samsung Malaysia dan juga Sony Malaysia, ia merupakan sesuatu yang berbeza, dimana mereka hanya sekadar mempromosikan sesuatu jenama. Tetapi untuk mereka yang mempunyai jawatan dalam syarikat, sebagai contoh seperti “Pengarah Kreatif”, adakah ia membantu, ataupun sebaliknya? Adakah mereka perlu mendapat pengecualian sekiranya syarikat membuat penguguran pekerja dan sebagainya?

P/S: Tiket duduk paling hadapan konsert Alicia Keys 27 November di Kuala Lumpur sudah sold out!

Terjemahan dan olahan oleh Imran Ajmain. Ikuti beliau di Twitter @ImranAjmain, ataupun langgani saluran YouTube rasmi beliau. Anda juga boleh mengikuti penulisan beliau di laman ImranAjmain.com


TIPS & ULASAN