Decrap Membolehkan Anda Membuang Perisian Tidak Dikehendaki Pada Komputer Baru

Decrap Membolehkan Anda Membuang Perisian Tidak Dikehendaki Pada Komputer Baru

Diterbitkan pada November 24, 2013 oleh .

Beberapa pengeluar komputer pada hari ini, sering menyertakan beberapa perisian tambahan bersama-sama komputer keluaran mereka, yang mana mungkin tidak begitu digunakan pengguna. Untuk memudahkan proses membuangnya, salah satu perisian yang boleh membantu adalah Decrap.

Decrap hadir untuk pengguna Windows dalam membantu mereka membuang perisian yang tidak digunakan pada komputer baru mereka. Pengguna hanya perlu menjalankannya, dan seterusnya boleh memilih untuk membuat pembuangan secara manual ataupun automatik.

Decrap

Sekiranya manual, pengguna akan diberikan pilihan untuk membuang perisian yang hanya dipilih oleh mereka, sementara untuk automatik, semua perisian yang merupakan perisian pihak ketiga akan dibuang secara serta-merta, malah Decrap akan menjawab semua kotak dialog secara automatik menjadikan proses pembuangan pantas.

Bagi anda yang mempunyai sesuatu komputer baru, dan ingin membuang perisian pihak ketiga yang disertakan dengannya, Decrap mungkin boleh membantu anda.

Jangan gunakan ia pada komputer yang telah digunakan dan dipasang perisian, memandangkan ia akan membuang semua perisian pihak ketiga, termasuk seperti Chrome, Firefox, Photoscape dan sebagainya. Perisian ini hanya khusus untuk komputer baru yang hadir dengan perisian tambahan tersendiri seperti daripada Dell, Samsung, Asus dan sebagainya.

Muat-Turun Decrap untuk Windows


TIPS & ULASAN