haa.Halal Untuk iOS Ingin Memudahkan Penemuan Restoran Halal Dan Masjid

haa.Halal Untuk iOS Ingin Memudahkan Penemuan Restoran Halal Dan Masjid

Diterbitkan pada November 24, 2013 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan proses pencarian tempat makan halal dan juga masjid. Kini, satu lagi aplikasi dengan fokus sama dalam membantu mereka yang sering mengembara dan melawat negara lain adalah haa.Halal.

haa/Halal

haa.Halal hanya ditawarkan untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini, dan versi Android dikatakan akan menyusul.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh membuat pencarian tempat makan yang halal, selain mana mencari pasar Halal dan juga tempat solat yang berdekatan.

Pengguna juga turut sama boleh menggunakannya dalam menambah lokasi-lokasi berdekatan mereka dalam usaha memudahkan pengguna lain menemuinya.

Bagi pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun haa.Halal hari ini daripada AppStore secara percuma.

Muat-Turun haa.Halal untuk iOS


TIPS & ULASAN