Aplikasi SaveMe999 Bakal Menggantikan MyDistress Tidak Lama Lagi

Aplikasi SaveMe999 Bakal Menggantikan MyDistress Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 25, 2013 oleh .

Aplikasi MyDistress telah diperkenalkan kepada pengguna di Selangor sebelum ini, menawarkan kebolehan untuk penduduk di Selangor menekan butang panik dan menghubungi pihak polis dengan pantas. Kini, dilihat ia bakal digantikan dengan aplikasi SaveMe999 tidak lama lagi.

SaveME 999

Dengan mengantikan kepada aplikasi SaveMe999, aplikasi tersebut turut sama akan memperluaskan tawaran kepada pengguna seluruh negara kelak.

SaveMe999 ini kelak dikatakan akan menjadi satu-satunya saluran untuk menghubungi pihak polis menggunakan aplikasi apabila ia dilancarkan kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah proses penggantian ini akan dilakukan.


TIPS & ULASAN