Cari @ Amanz

Terdapat beberapa acara memfokuskan hackathon yang diadakan akhir-akhir ini, dan salah satu yang akan diadakan pada 7 Disember kelak adalah GameDevThon memfokuskan kepada pembangunan permainan pada peranti mudah-alih.

GameDevThon

Bakal dianjurkan oleh Terato Games dan Cyberview MyCore, GameDevThon akan diadakan selama 2 hari, bermula daripada pukul 7.30 pagi 7 Disember 2013 sehinggalah 8 Malam 8 Disember 2013 kelak.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Terato Games, acara ini bakal memfokuskan kepada 10 kumpulan dalam membangunkan dan hadir dengan permainan mudah-alih mereka tersendiri. Setiap kumpulan dijangka akan mempunyai seramai tiga ahli maksimum.

Pada akhirnya, acara ini dijangka akan membolehkan para pembangun muda untuk mencungkil bakat pembangunan permainan mereka, disamping pada masa yang sama menerima khidmat nasihat daripada mereka yang telah sedia berkecimpung dalam arena ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh menghantarkan emel kepada [email protected] hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd