Western Digital Hadir Dengan Gabungan Cakera HDD Dan SSD – WD Black²

Western Digital Hadir Dengan Gabungan Cakera HDD Dan SSD – WD Black²

Diterbitkan pada November 26, 2013 oleh .

WD Black 2Menggunakan gabungan SSD dan HDD pada komputer hari ini bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi hari ini, Western Digital hadir dengan WD Black² yang mana mengabungkan kedua-duanya pada satu cakera keras.

Melaluinya, ia menyertakan SSD dengan ruangan storan sehingga 120GB, dan HDD dengan ruangan storan sehingga 1TB dalam satu cakera keras. Seperti biasa, SDD ditujukan khas untuk penggunaan sistem operasi dan aplikasi, sementara HDD untuk simpanan fail dan data pengguna.

Walaupun ia sedikit tebal, tetapi ia mengekalkan saiz 2.5-inci, sekaligus membuatkan pengguna boleh mendapatkan kelajuan penggunaan dan ruangan storan bersaiz besar pada laptop dan komputer riba.

Western Digital sendiri melengkapkan ia dengan beberapa teknologi mereka, termasuk salah satunya dipanggil sebagai Shift_Technology dalam menawarkan prestasi penggunaan yang baik termasuk untuk tujuan pengurusan data.

WD Black² dilihat disasarkan kepada pengguna komputer riba yang memerlukan ruangan storan bersaiz besar, tetapi pada masa yang sama inginkan kelajuan SSD. Harga jualan rasmi WD Black² di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN