ZTE Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Pada Tahun Hadapan

ZTE Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 26, 2013 oleh .

Dengan beberapa jenama pengeluar peranti seperti Sony dan Samsung yang menawarkan jam tangan pintar, kini pelbagai pengeluar lain kelihatan ingin turut menawarkan jam tangan pintar. Terkini, ia dilaporkan ZTE akan menawarkannya pada tahun hadapan.

Mengikut laporan WSJ, jam tangan pintar daripada ZTE dijangka akan menawarkan sokongan lebih kurang menyerupai Galaxy Gear, dan hanya boleh digunakan bersama-sama dengan peranti ZTE sahaja ketika pengenalannya.

Jam tangan pintar daripada ZTE ini dijangka akan dipasarkan pada suku kedua tahun hadapan, dan seperti kebanyakkan peranti mereka, ia dijangka akan membawakan harga jualan yang rendah untuknya.

Selain jam tangan pintar, ZTE juga dikatakan sedang melihat kepada beberapa peranti boleh pakai yang lain, termasuk kaca mata pintar.


TIPS & ULASAN