Google Mengesahkan Sokongan RAW Akan Hadir Ke Android

Google Mengesahkan Sokongan RAW Akan Hadir Ke Android

Diterbitkan pada November 26, 2013 oleh .

Pada awal bulan tempoh hari, kita telah sedia melihat beberapa kod sumber Android yang memperlihatkan sokongan RAW akan diperkenalkan. Kini, Google dilihat mengesahkan perkara tersebut, dimana selain sokongan RAW, kemaskini sokongan burst-mode bakal turut disertakan.

Buat masa ini, ia masih dalam pembangunan dalaman, dan API untuknya dijangka akan diperkenalkan kepada para pembangun tidak lama lagi. Menggunakan API berkenaan, ia akan membolehkan para pembangun untuk menggunakan sokongan fotografi yang lebih baik pada aplikasi Android mereka.

Selain daripada itu, pihak Google juga dikatakan sedang menyiapkan kemaskini untuk pengguna Nexus 5 dalam menawarkan sokongan rakaman gambar yang lebih baik untuknya.


TIPS & ULASAN