Cari @ Amanz

Pihak Nokia Malaysia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar phablet mereka berasaskan Windows Phone 8, iaitu Nokia Lumia 1520. Di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM2159.

Nokia Lumia 1520 hadir dengan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800, skrin bersaiz 6-inci, kamera belakang 20-megapixel PureView, dan hadir dengan sokongan ruangan mikro-SD.

Nokia Lumia 1520

Seperti semua sedia maklum, Nokia juga telah berjaya membawa beberapa aplikasi popular seperti Instagram, Vine dan juga Waze ke platform Windows Phone, menawarkan pelbagai penggunaan kepada pengguna Lumia. Lumia 1520 turut hadir dengan Windows Phone 8 versi terkini, dilengkapi dengan beberapa sokongan baru termasuk lajur ketiga pada skrin utama.

Di Malaysia, Nokia Lumia 1520 akan ditawarkan dalam pilihan warna kuning, putih dan hitam pada harga 2159. Ia boleh didapati bermula awal Disember ini di Lembah Klang, sementara kawasan lain pada pertengahan bulan Disember.

Pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini, dimana ia akan turut hadir dengan tawaran rebat RM160 serta Coloud Boom Headset berharga RM129.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd