Pembeli Lumia Baru Akan Ditawarkan Dengan 3 Majalah Percuma Melalui Zinio

Pembeli Lumia Baru Akan Ditawarkan Dengan 3 Majalah Percuma Melalui Zinio

Diterbitkan pada November 26, 2013 oleh .

Hari ini, Nokia Malaysia ketika pelancaran Lumia 1520, mereka berkongsi salah satu berita menarik, dimana pembeli peranti Lumia baru bermula hari ini akan ditawarkan dengan langganan percuma untuk 3 majalah melalui Zinio.

Zinio - Window Phone 8

Tawaran ini dikatakan bukan terhad kepada pembeli Lumia 1520 sahaja, tetapi sebaliknya semua pembeli Lumia baru turut akan dapat menikmati kelebihannya. Dengan tawaran ini, pengguna boleh memilih tiga majalah yang ditawarkan melalui Zinio, dan menerima majalah tersebut selama tiga bulan. Secara keseluruhan, pengguna akan menerima sebanyak sembilan edisi melalui tawaran oleh Nokia dan Zinio ini.

Aplikasi Zinio merupakan salah satu aplikasi sehenti yang menawarkan pelbagai tawaran majalah berbentuk digital.

Muat-Turun Zinio untuk Windows Phone 8


TIPS & ULASAN