Cari @ Amanz

Dalam memudahkan pengguna untuk membuat pembelian aplikasi dan kandungan ke peranti Lumia mereka, hari ini Nokia Malaysia mengumumkan mereka membawakan sokongan pembayaran melalui bil telekomunikasi untuk prabayar dan pascabayar DiGi.

Nokia - DiGi

Nokia - DiGi

Menggunakannya, pengguna tidak lagi perlu memasukkan kad kredit atau debit untuk tujuan pembayaran, sebaliknya boleh membuat pembayaran terus menggunakan kredit bil telekomunikasi mereka.

Perkara ini semestinya akan memudahkan pengguna dalam membeli aplikasi dan kandungan terus ke peranti Lumia mereka.

Mungkin kelak kita akan dapat melihat sokongan ini diperluaskan ke syarikat telekomunikasi yang lain tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd