Cari @ Amanz

Nokia MixRadio telah ditawarkan sejak minggu lepas, membolehkan pengguna tempatan untuk mengakses pelbagai lagu artis tempatan dan seluruh negara secara percuma melaluinya.

Hari ini, bersama-sama pelancaran rasmi Lumia 1520, pihak Nokia turut sama mengumumkan pelancaran rasmi perkhidmatan tersebut kepada pengguna tempatan.

Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar Nokia Lumia, anda boleh memuat-turun aplikasi Nokia MixRadio ini dan mendengar lagu melaluinya. Peranti baru yang akan dijual kelak dijangka akan hadir dengan aplikasi ini terbina bersama-sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd