Cari @ Amanz

Pada Windows, salah satu fungsi yang jarang digunakan ramai adalah “System Restore”, mungkin kerana ia agak tersorok ataupun sukar digunakan oleh pengguna umum. Untuk memudahkannya, salah satu perisian pelengkap dari pembangun pihak ketiga adalah Restore Point Creator.

Restore Point Creator

Restore Point Creator adalah salah satu perisian bersaiz kecil yang turut boleh digunakan sebagai portable app pada komputer anda.

Menggunakannya, pengguna boleh melihat senarai “Restore Point” pada komputer mereka, disamping membuat “Restore Point” baru pada komputer mereka.

Salah satu fungsi yang menarik minat kami pada perisian ini adalah kebolehan untuk menjadualkan perkara tersebut, memudahkan anda menguruskannya secara automatik.

Pengguna juga turut sama boleh menguruskan saiz storan yang akan digunakan oleh “Restore Point” menggunakan perisian ini.

Walaupun kebanyakkan daripada fungsinya boleh dibuat terus melalui sokongan terbina pada Windows, perisian ini mungkin akan membantu anda serba sedikit dalam menguruskannya dengan lebih mudah dan pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd