Cari @ Amanz

Google nampaknya terus menambah lokasi dengan paparan Street View, dimana selepas beberapa bangunan menarik di beberapa negara, terkini mereka menambah sokongan paparan Street View di lapangan terbang, dan juga stesen keretapi.

Street View - Transit

Melalui kemaskini yang diumumkan oleh Google ini, ia menambah lebih 16 lapangan terbang antarabangsa, disamping 50 stesen keretapi, termasuk beberapa lokasi lain di seluruh dunia.

Dengan pengenalan ini, pengguna boleh melihat bagaimanakah lapangan terbang disesuatu negara itu kelihatan, sekaligus memudahkan mereka membuat perancangan sekiranya ingin melawat ke negara tersebut ataupun akan melalui transit di sana.

Bagi mereka yang berminat, boleh melihat senarai lokasi yang disokong melalui peta interaktif Google, dan mulakan lawatan anda terus melalui pelayar web komputer anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd