Cari @ Amanz

Sokongan carian melalui suara yang diperkenalkan oleh Google pada peranti mudah-alih adalah salah satu fungsi yang menarik, dan kini ia dilihat Google turut memperluaskan sokongan sama kepada pengguna desktop melalui sebuah pemalam (extension) khas untuknya.

Ok Google

Buat masa ini, pemalam berkenaan masih dilabelkan sebagai beta, tetapi membolehkan pengguna untuk membuat carian suara dengan bercakap secara natural, seperti pada peranti Android mereka.

Untuk menggunakan arahan “Ok Google” ini, ia hanya sekadar berfungsi pada halaman tab baru dan juga halaman carian Google sahaja. Dengan pengenalan versi beta ini, mungkin kelak kita akan dapat melihat ia turut diintegrasikan dengan meluas ke pelayar web Chrome, sekaligus memudahkan pengguna membuat operasi carian walaupun tidak boleh menaip pada sesuatu masa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd