Cari @ Amanz

Steam telah sedia digunakan ramai dalam memudahkan mereka membuat pembelian permainan dan sebagainya. Kini, dalam usaha untuk memudahkan pengguna membuat pilihan dan pembelian, pihak Valve turut menambah sokongan “ulasan pengguna” pada halaman permainan di Steam.

Steam Reviews

Berbeza dengan “Recommendation” sebelum ini, melalui ulasan pengguna, ia sekaligus akan memberikan idea berkenaan sesuatu permainan, sama ada ia menarik ataupun sebaliknya.

Apa yang patut dipuji adalah dimana Valve turut sama memperlihatkan berapa lamakah seseorang telah memainkan permainan berkenaan sebelum menulis ulasan tersebut. Dengan ini, pengguna akan dapat lebih idea dan memilih siapakah yang lebih senang untuk dipercayai.

Selain itu, satu lagi fungsi yang diperkenalkan oleh Valve adalah kebolehan untuk menulis sesuatu ulasan itu dalam pilihan bahasa pengguna, dan tidak terikat kepada hanya bahasa Inggeris sahaja.

Pembangun juga turut sama boleh berinteraksi, dan memberikan maklumbalas berkenaan sesuatu ulasan tersebut melaluinya, dan tidak hanya terhad kepada pemain sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd