Cari @ Amanz

Nokia Lumia 520 merupakan telefon pintar berasaskan Windows Phone yang paling meluas digunakan didunia. Terkini, Nokia memperkenalkan kemaskini untuknya, dengan peranti baru Lumia 525.

Nokia Lumia 525

Lumia 525 dijangka akan mengekalkan pasaran sasaran seperti Lumia 520 dan mungkin kelak membawakan harga jualan yang lebih kurang sama dengannya.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin bersaiz 4-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz Snapdragon S4, memori 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan memori 8GB (yang boleh diperluaskan dengan mikro-SD).

Dengan penaik-tarafan kepada memori sebesar 1GB RAM, ia sekaligus akan membawakan peranti yang lebih lancar, dan membawakan sokongan aplikasi yang lebih baik melaluinya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui berkenaan bilakah ia akan mula dijual di seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd