Samsung Memperkenalkan Kemaskini Untuk Galaxy Gear – Membawakan Masa Bateri Lebih Lama

Samsung Memperkenalkan Kemaskini Untuk Galaxy Gear – Membawakan Masa Bateri Lebih Lama

Diterbitkan pada November 27, 2013 oleh .

Galaxy Gear UpdateHari ini, pihak Samsung Malaysia telah mula memperkenalkan kemaskini kecil kepada pengguna jam tangan pintar Galaxy Gear, dimana melaluinya ia membawakan beberapa penambah-baikkan untuk pengguna.

Antara perkara baru yang disertakan adalah sokongan masa penggunaan bateri yang lebih lama, kebolehan untuk menghubungkan peranti pada jarak lebih jauh berbanding sebelumnya, kemaskini prestasi Galaxy Gear, termasuk sokongan S Voice yang bertindak balas lebih pantas.

Bagi pengguna Galaxy Gear, anda akan menerima notifikasi untuk kemaskini jam tangan pintar anda, dan boleh memuat-turun fail bersaiz sekitar 12.53MB bermula hari ini.


TIPS & ULASAN