Cari @ Amanz

Rekabentuk HTC One telah diimplementasikan pada beberapa peranti mereka, dan hari ini, pihak HTC memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, HTC Desire 700 di Taiwan. Peranti ini menyertakan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

HTC Desire 700

HTC Desire 700 ini dilengkapi skrin bersaiz 5-inci (dengan resolusi 960×540 pixel), memori 1GB RAM, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz Qualcomm Snapdragon S4, serta kamera belakang 8-megapixel.

HTC Desire 700 ini masih tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke pasaran global ataupun sebaliknya. Semestinya salah satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah berkenaan dengan harga tawarannya kelak.

Mungkin kita akan dapat melihat ia menerima harga pertengahan antara HTC Desire 600 dan juga One Mini yang telah diperkenalkan di Malaysia baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd