Kod Untuk “Music Pass” Dilihat Hadir Pada Aplikasi YouTube 5.3 Untuk Android

Kod Untuk “Music Pass” Dilihat Hadir Pada Aplikasi YouTube 5.3 Untuk Android

Diterbitkan pada November 28, 2013 oleh .

Beberapa kali sebelum ini telah dikatakan yang mana pihak YouTube akan hadir dengan sokongan penstriman audio melalui aplikasi mudah-alih mereka. Kini dilihat beberapa kod awal kelihatan pada kemaskini terbaru aplikasi berkenaan untuk Android, memberikan idea fungsi tersebut akan hadir tidak lama lagi.

Dilabelkan sebagai “Music Pass”, antara fungsi yang dilihat akan disertakan adalah termasuk kebolehan untuk memainkan lagu secara offline, disamping memainkan ia pada latar dan tanpa gangguan sebarang iklan.

Selain daripada sokongan untuk “Music Pass”, kod untuk memainkan video secara offline (dengan memuat-turunnya terlebih dahulu) turut dilihat hadir pada kemaskini terbaru ini.

Apa pun, semua fungsi ini masih tidak lagi diaktifkan oleh pihak YouTube. Mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN