FXChrome – Mengubah Pelayar Web Firefox Anda Menyerupai Chrome

FXChrome – Mengubah Pelayar Web Firefox Anda Menyerupai Chrome

Diterbitkan pada November 28, 2013 oleh .

Mozilla sedia mencuba antaramuka baru pelayar web mereka, dinamakan sebagai Australis. Sementara ia masih belum diperkenalkan pada saluran stabil, dan bagi mereka yang inginkan rekabentuk pelayar web Firefox seumpama Chrome, mungkin boleh mencuba addon dinamakan FXChrome.

FXChrome

FXChrome membolehkan pengguna mengubah antaramuka Firefox menyerupai Google Chrome, tetapi masih mengekalkan fungsi-fungsi Firefox. Tema untuk Firefox ini mungkin sesuatu yang digemari peminat rekabentuk Chrome.

Bagi mereka yang menggunakan Mozilla Firefox, anda boleh memuat-turun addon ini daripada halaman rasminya, dan memasangnya secara automatik pada pelayar web anda.

Muat-Turun FXChrome untuk Firefox


TIPS & ULASAN