BBM Channel telah diuji dalam fasa beta untuk beberapa bulan yang lepas, dan kini pihak BlackBerry telah pun melancarkan ia kepada umum, bermula daripada pengguna BlackBerry 10 dan juga pengguna peranti BlackBerry dengan sistem operasi lama.
BBM Channels berfungsi sebagai salah satu saluran forum dengan interaksi masa-nyata – melalui penggunaan platform BBM. Ia membolehkan jenama, syarikat, organisasi dan sebagainya menggunakan BBM Channels dalam berinteraksi bersama-sama pengguna dan komuniti mereka.
Untuk mengaksesnya, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi BBM mereka, dan sebuah menu baru, dinamakan Channels akan ditambah pada aplikasi berkenaan.
Untuk pengguna iOS dan Android, sokongan sama dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.