Carian
AVG Cleaner Memudahkan Pengguna Android Membuang Fail Cache Aplikasi
November 28, 2013 Aman

Bagi pengguna Android (sebelum 4.3), salah satu masalah yang sering dihadapi adalah peranti yang menjadi sedikit perlahan selepas digunakan sekian lama. Perkara ini berkait dengan saiz cache untuk aplikasi dan fail yang besar pada peranti pengguna.

AVG Cleaner

Untuk membuangnya, terdapat beberapa aplikasi yang membantu, dan salah satunya adalah daripada AVG sendiri, dinamakan sebagai AVG Memory & Cache Cleaner.

Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh membuang fail-fail yang tidak digunakan pada peranti mereka, sekaligus menjadikan peranti mereka lebih pantas berbanding sebelumnya.

Pengguna juga turut boleh melihat saiz fail yang tidak digunakan yang terdapat pada peranti mereka, disamping menjadualkan untuk membersihkannya setiap minggu.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Google Play Store hari ini dalam memudahkan anda membersihkan dan mendapatkan ruangan tambahan pada peranti anda.

Komen