Selepas memperkenalkan permainan Hill Climb Racing untuk pengguna Windows 8 sebelum ini, kini pembangunnya juga turut menerbitkan permainan sama untuk pengguna telefon pintar Windows Phone 8.
Permainan ini sedia popular dikalangan pengguna Android, dimana ia memerlukan pengguna untuk mengawal kelajuan kenderaan ketika menaiki dan menurun bukit, disamping pada masa yang sama memastikan minyak tidak habis digunakan.
Beberapa peta permainan disediakan, termasuk pilihan sehingga 16 kenderaan berbeza untuk dipilih oleh pemain.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Windows Phone Store hari ini.
Muat-Turun Hill Climb Racing untuk Windows Phone