Stephen Elop Mungkin Tidak Akan Dipilih Menjadi CEO Microsoft?

Stephen Elop Mungkin Tidak Akan Dipilih Menjadi CEO Microsoft?

Diterbitkan pada November 29, 2013 oleh .

Sejak pengumuman Steve Ballmer untuk meninggalkan jawatan CEO Microsoft, beberapa calon telah dikatakan akan mengambil-alih posisi tersebut, dan mengikut laporan Bloomberg terkini, ia dilihat Stephen Elop mungkin tidak menjadi pilihan utama buat masa ini.

Menurut Bloomberg, ia dilihat CEO Ford, Alan Mulally dan juga Satya Nadella (VP untuk Microsoft Cloud) menjadi pilihan utama buat masa ini. Nama Stephen Elop dikatakan masih kekal sebagai calon, tetapi berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan jawatan tersebut.

Alan Mulally kini merupakan CEO untuk Ford, dan terkenal kerana berjaya membawa Ford kembali ke keuntungan ketika zaman kegawatannya dulu. Nama Alan Mulally telah disebut-sebut sejak pengumuman pencarian CEO baru untuk Microsoft. Pihak Ford seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan komen berkaitan dengannya buat masa ini.

Sehingga kini, Microsoft hanya pernah diterajui oleh dua orang CEO sahaja, iaitu Bill Gates, dan seterusnya diambil-alih oleh Steve Ballmer pada tahun 2000.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan berkenaan dengan pengumuman CEO baru untuk Microsoft, tetapi ramai membuat spekulasi yang mana CEO baru akan dipilih oleh lembaga pengarah pada tahun ini, sebelum pengumuman berkenaan dengannya menyusul pada awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN