Carian
Geeksphone “Revolution” Bakal Hadir Menawarkan Pilihan Menjalankan Android Atau FirefoxOS
November 29, 2013 Aman

Geeksphone sebelum ini telah menjadi yang terawal melancarkan telefon Firefox OS untuk pembangun, dan kini ia dilihat mereka dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah peranti baru, yang dikenali dengan nama “Revolution”.

Geeksphone Revolution

Geeksphone Revolution ini dikatakan akan membolehkan pengguna untuk menjalankan sistem operasi Android, ataupun Firefox OS pada peranti berkenaan. Memandangkan ia mungkin akan ditujukan kepada para pembangun, maka mungkin mereka tidak akan menghadapi masalah untuk menggunakannya berbanding sekiranya ditujukan kepada pengguna umum.

Peranti ini dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan yang berkuasa tinggi, sekaligus mungkin menjadi antara peranti Firefox OS dengan sokongan cip berkuasa tinggi.

Maklumat lain berkenaan dengan Geeksphone Revolution ini masih samar-samar, dan mungkin kita akan mendengar berkenaan dengannya tidak lama lagi.

Komen