Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah sedia melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna sistem operasi Windows 8.1. Terkini, mereka membawakan beberapa sokongan baru, menambah-baik aplikasi mereka untuk pengguna tablet dan komputer Windows.

Facebook Windows 8.1

Antara perkara baru yang disertakan adalah termasuk kebolehan untuk tag rakan-rakan, sokongan memuat-turun dan naik gambar pada Messages, kemaskini pada bahagian Live Tiles, selain turut membolehkan penguna untuk menambah satu lagi Live Tiles yang mengakses terus ke Facebook Messages.

Pengguna Windows 8.1 juga kini boleh menetapkan gambar profil Facebook mereka sebagai gambar akaun Windows pada komputer.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun kemaskini Facebook untuk Windows 8.1 terus dari Windows Store hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd