FIFA Hadir Dengan Aplikasi Rasmi Untuk iOS Dan Juga Android

Diterbitkan pada Nov 29, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nama FIFA mungkin bukan sesuatu yang baru bagi para peminat bola sepak. Terkini, mereka telah pun melancarkan sebuah aplikasi mudah-alih untuk para pengguna iOS dan juga Android, memolehkan mereka mengikuti pelbagai kemaskini berkaitan dunia bola sepak melaluinya.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna iOS dan juga Android, selain mana turut dioptimasikan untuk paparan skrin tablet.

Melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh mengikuti kemaskini semasa pelbagai liga utama diseluruh dunia, tidak ketinggalan termasuk kemaskini berkaitan liga di Malaysia, selain permainan melibatkan pasukan bola sepak negara.

FIFA Android

Pengguna turut boleh menetapkan untuk mengikuti kemaskini semasa untuk sehingga tiga pasukan kegemaran menggunakan aplikasi tersebut. Ia juga dilihat pihak FIFA menyediakan pelbagai kandungan, termasuk berkaitan piala dunia yang akan datang.

Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma dan mencubanya pada peranti pintar anda hari ini.

Muat-Turun FIFA untuk Android
Muat-Turun FIFA untuk iOS

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami