Cari @ Amanz

Telefon pintar pertama Jolla telah pun mula dijual pada minggu ini, yang mana memperlihatkan ramai pengguna telah mendapatkannya dan berkongsi beberapa video berkaitan dengan sistem operasi terbaru tersebut.

Salah satu video yang hadir daripada Marcus Lundqvist adalah perkongsian berkenaan dengan sokongan kedai aplikasi pada Sailfish OS.

Seperti semua sedia maklum, ia menyertakan Jolla Store, tetapi tiada banyak bilangan aplikasi yang terdapat untuknya buat masa ini. Untuk mengatasi perkara kekurangan aplikasi, pihak Jolla turut menyertakan sokongan aplikasi Android dengan membawakan kedai aplikasi Yandex.Store untuk pengguna Sailfish OS.

Ia juga dilihat dimana pengguna boleh memasang kedai aplikasi kegemaran pengguna, termasuk seperti Amazon AppStore dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd