BlackBerry Bakal Menawarkan Satu Aplikasi Percuma Selama 25 Hari – Bermula 1 Disember

BlackBerry Bakal Menawarkan Satu Aplikasi Percuma Selama 25 Hari – Bermula 1 Disember

Diterbitkan pada November 30, 2013 oleh .

Bulan Disember sedia terkenal dengan musim cuti di negara-negara barat, dan bersempena dengannya kini BlackBerry mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan satu aplikasi percuma selama 25 hari bermula Disember ini.

Daripada apa yang dikongsikan Blackberry, tawaran ini hanya untuk pengguna BlackBerry 10, dan tawaran aplikasi, filem, atau permainan percuma ini akan ditawarkan melalui BlackBerry World.

Blackberry 25 Gifts

Ia juga dilihat yang mana berkemungkinan kandungan yang ditawarkan untuk muat-turun mungkin berbeza mengikut negara dan juga model telefon pintar.

Antara telefon pintar yang akan menerima tawaran ini adalah BlackBerry Z10, BlackBerry Q10, BlackBerry Q5 dan juga BlackBerry Z30.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah aplikasi percuma yang akan dibawakan oleh pihak BlackBerry setiap hari bermula hari Ahad ini.


TIPS & ULASAN