Hay Day – Permainan Penternakan Dan Pertanian Daripada Pembangun Clash of Clans

Hay Day – Permainan Penternakan Dan Pertanian Daripada Pembangun Clash of Clans

Diterbitkan pada November 30, 2013 oleh .

Hay DayMungkin ramai sedia mengenali permainan Clash of Clans yang dimainkan ramai pemain seluruh dunia. Selain Clash of Clans, satu lagi permainan menarik yang turut telah ditawarkan oleh pembangunnya adalah Hay Day.

Hay Day memfokuskan kepada pertanian dan penternakan, memerlukan pemain untuk bercucuk tanam, membela binatang dan seterusnya menjual hasil daripadanya kepada yang lain.

Untuk mereka yang meminati permainan seperti FarmVille dan sebagainya sebelum ini, mungkin turut boleh mencuba permainan Hay Day ini, yang ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan juga iOS.

Muat-Turun Hay Day untuk Android

Muat-Turun Hay Day untuk iOS


TIPS & ULASAN