Cari @ Amanz

Hari ini, pada acara GDayx Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur, pihak Google Malaysia telah berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan perniagaan online, termasuk berkaitan dengan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia.

Menurut Google, di Malaysia, daripada lebih kurang 700,000 PKS, hampir 100,000 mempromosikan dan menggunakan pelbagai perkhidmatan internet untuk tujuan mempromosikan perniagaan mereka.

GDayx Malaysia 2013

Perkara ini sekaligus memberikan kesan positif terhadap perkembangan dunia perniagaan online di Malaysia, apatah lagi memandangkan hampir lebih kurang 97.3% perniagaan di Malaysia adalah PKS.

Dengan dunia internet Malaysia yang semakin berkembang dari hari ke hari, tidak mustahil lebih ramai perniagaan kecil dan sederhana menyertai arena internet dalam memasarkan produk mereka kepada lebih ramai pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd