Cari @ Amanz

Beberapa desas-desus sebelum ini telah hadir mengatakan Instagram akan memperkenalkan perkhidmatan permesejan mereka tersendiri. Kini, dari perkongsian TechCrunch, ia dilihat perkhidmatan permesejan Instagram mungkin turut berkait dengan alamat emel @instagram.com.

Daripada apa yang dilaporkan TechCrunch, penggunaan alamat emel dengan akhiran @instagram dilihat bertambah – mengikut data yang dikongsikan oleh salah satu syarikat pemasaran digital.

Seperti biasa, pihak Instagram tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.

Sekiranya anda masih ingat, sebelum ini pihak Facebook juga turut telah hadir dengan akhiran @facebook.com untuk pengguna mereka. Walaupun ia tidak digunakan meluas untuk tujuan penghantaran dan penerimaan emel, namun ia memudahkan komunikasi dikalangan pengguna Facebook dilakukan.

Perkhidmatan permesejan sendiri boleh dikatakan mempunyai ramai pengguna seluruh dunia. Walaupun Facebook mempunyai perkhidmatan permesejan mereka, namun kebanyakkan pengguna masih bergantung kepada perkhidmatan seperti WhatsApp, WeChat, LINE dan lain-lain.

Ia tidak diketahui lagi, bagaimana perkhidmatan permesejan daripada Instagram akan berfungsi kelak. Tetapi, semestinya ia merupakan salah satu perkara yang dinantikan, apatah lagi Instagram mempunyai komuniti yang gemar kongsikan gambar melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd