Lebih 6.4 Juta Telefon Pintar Terjual Di Malaysia Sepanjang Januari Ke September 2013

Lebih 6.4 Juta Telefon Pintar Terjual Di Malaysia Sepanjang Januari Ke September 2013

Diterbitkan pada Dis 2, 2013 oleh .

Hari ini, pihak GFK telah berkongsi salah satu data kajian mereka yang terbaru, berkaitan dengan jualan telefon pintar di sekitar Asia Tenggara. Secara keseluruhan, di Asia Tenggara sebanyak 41.5 juta unit telefon pintar telah terjual, memperlihatkan perbelanjaan sebanyak USD$10.8 bilion oleh pengguna.

Dari segi unit jualan, Malaysia menduduki tangga ketiga, dimana sepanjang bulan Januari hingga September 2013 ini, ia dilihat sebanyak 6.4 juta unit telefon pintar telah terjual. Malaysia dilihat dibelakang Indonesia (14.8 juta) dan juga Thailand (7.2 juta).

Dari segi sistem operasi pula, ia dilihat Android mencapai sebanyak 83% daripada jualan telefon pintar, memperlihatkan Android sebagai salah satu platform yang digunakan dengan meluas di Malaysia.

Perkembangan ini memperlihatkan perkembangan pesat ke arah penjualan telefon pintar di negara-negara membangun.

Walaupun ramai telah mula beralih ke telefon pintar, namun masih terdapat sejumlah pengguna yang menggunakan telefon bimbit biasa, sekaligus memperlihatkan potensi yang besar sekitar Asia Tenggara dalam arena jual-beli telefon pintar secara keseluruhannya.


TIPS & ULASAN